Want to share this Foto on another web-site or blog?

Paste one of the following lines in to your site, blog or profile page..

Script:

HTML (for myspace, bebo etc):

BBCode (for message boards/forums):
[ View the Fotopage entry | View the complete Fotopage ]



Mail this Foto to a friend



< Previous

Next >
[ View the Fotopage entry | View the complete Fotopage ]


Monday, 29-Dec-2008 11:29
Amy Chocolate Cake
Baru2 ini auntie buat makan, semasa cuti umum hari Christmas, ramai juga kawan2 anak yang datang
kalau ramai2 tu macam2 lah, enjoy betul hari tu, sampai malam tak habis2 kawan mereka yang datang, auntie pun dah tak lama lagi akan balik, so ada saja lah anak auntie yang bertiga kat sini
membuat plan2 nak pergi jalan lah,nak buat makan lah, maklum saja lepas ini entah bila pula nak
balik jauh lah kata kan. Auntie ada buat chocolate cake,chocolate cake memang kegemaran auntie, resepi nya dari Aimi Diyana, Aimi belajar di Australia dulu, dia memang pandai buat cake ini, jadi
auntie pun email Aimi, esok nya auntie dapat resepi, terima kasih Aimi, walau pun auntie dah ada
resepi masih tak sedap macam Aimi buat, tapi ok, dah dua kali auntie buat cake ini, kawan2 anak
auntie kata sedap. Terima kasih sekali lagi sayang :-D

























Moist Choc Cake(Aimi Diyana)



Bahan:

2 1/2 cawan tepung

2 cwn gula (Kurang kan kalau tidak suka manis)

2 biji butter (500gm)

2 sudu besar baking powder

7 biji telur

1 sudu teh esen vanilla

* 2 cwn koko (ambil 4 sudu besar asingkan utk topping)

* 2 cawan gula (kurangkan juga kalau tidak suka manis)

* 2 1/2 cawan air kosong



*3 bahan yg ade star tu kene masak atas dapur api perlahan, masak sampai sebati semua. then tutup api, kacau hingga sejuk.



Cara-nya:

Pukul butter dan gula hingga kembang.

Masukkan telur 1 persatu diselang seli dgn tepung, baking powder, dan juga adunan koko yg dimasak atas dapur tadi.

Pukul semua hingga sebati.

Last sekali masukkan esen vanilla.

Bakar pada suhu 170 deg selama satu jam



* Kalau tidak cukup masak tambah lagi waktu, Sebab waktu masak mungkin lain2 depends on bekas
kek yang di gunakan.




Chocalate Topping

5 sudu besar gula

250gm butter

4 sudu besar koko ( yg diambil dari 2 cawan koko di atas tadi )

3/4 tin susu pekat (tin besar)



Cara nya

Campur semua bahan, masak atas dapur. Kacau hingga sebati dan pekat..
Tuang di atas cake tadi.




* Srsfeqah>> Ya Feqah, kalau yg suka kan chocolate tu, cake ini sesuai sangat :-D

Zai>> Selamat tahun baru untuk Zai dan keluarga

Daalia>> Choc cake memang ramai yg suka, anak2 auntie pun semua nya suka :-D
kalau buat cake lain kurang laku :-D terima kasih kerana sanggup membuat cake kat auntie walau
pun order dah lambat, lain kali auntie promise kasi Lea masa kalau nak order :-D

Radiah>> terima kasih, dan salam perkenalan dari auntie, nanti auntie datang melawat :-D

Izwanjunaidi>> Thank you :-D

Ejay>> betul tu badan auntie pun dah jadi orang lain sejak di Malaysia, nampak
apa semua makan, apa lagi cake :-D

Niza>> Itu lah banyak pengemar chocolate cake ni, auntie balik mid Jan :-D

© Pidgin Technologies Ltd. 2008.